Saturday, September 26, 2009

just hv a lil time

i do not have time to update my blog
even i have a lot of things want to share
my final exam start this monday
but i still can't focus on my study

too many things to do
too many things inside of my head.



see u soon.
i'm going to write a lot after this :)

Sunday, September 6, 2009

R U OUT OF YOUT MIND???

i just checked my Final exam schedule, and u know what? i have straight papers for 3 days!!! Gila ahhh...straight papers tu, 4 subjek pulak tu....



sila click untuk besarkan imej di atas

The first paper is on 28th of September, which is on Monday, bersamaan dengan Raya ke-8 ok. & yang paling sakit is on the following week, i have 2 papers on the same day! Tuesday 6th October, Maths for Managers in the morning 9am, and the next paper is major subject Consumer Behavior in the afternoon. Dua-dua killer subject kot! memang sakit la kepala kan. the next day is the other killer subject which is Malaysian Economics, this subject kena baca banyak newspapers sebab they will ask you about the current Malaysian economy situation. and last is Management Accounting 1, yang agak senang la sedikit sebab boleh fokus dalam class (sebab student yang register subjek ni semua final year student, tak sampai pun 10 orang dalam class ni)


Raya tahun ni beraya dengan buku dan notes lah... Bukan dengan baju baru, lemang rendang ketupat & almond london. huhuhuhuhuhu......

Tagged!!!

Hei hei hei....!!!!


Baru je tadi I cakap (wait, cakap ke tulis?) kat entry bawah ni yang I malas gila & tak ada mood nak berblogging, tapi sekarang see, macam banyak pula benda yang nak di blog. Hahahahaha....

Ok-ok sebab dah lama tak dapat tag, pastu dapat tag yang senang pulak tu, so rasa teruja mahu buat.


First tagged from my girlfriend yang dah ada boyfriend; Azra.


nama penuh :
Jufulifiafanafa Shafahifidafa Bt Bafaseferifi (sila baca without the 'F' language)
tarikh lahir : 28 April
tempat lahir : Hospital Kuala Pilah, Nogoghi Sombilan
tempat anda dibesarkan : Pantai Dalam, Bangsar, Kuala Lumpur, now live in Malacca

siapakah nama kawan rapat anda sewaktu anda kecil?

  • Mira (anak jiran sebelah rumah)
  • Nizam, adiknya Anin dan Ika (tapi dah tak kawan sejak diorang sekolah menengah, mungkin sebab mereka dah bersunat, jadi kalau nak kawan dengan i yang masih berhingus time tu memang jatuh la standard diorg kot....huhuhuhu)
  • Hajar, Diana, Amri (yang ni masa sekolah rendah)

apakah permainan anda mase kecil2 yang anda ingat?

Banyakkkkkkk sangat.
  • Nyanyi-nyanyi (mcm akademi fantasia)
  • Police & Thief
  • Galah Panjang
  • Masak-masak (I dah reti masak sikit-sikit, azra reti baking jek :p )
  • Pukul berapa datuk harimau
  • Lai-lai silai (selalu main dengan abang masa dlm kereta otw ke Senaling)
  • Bola beracun
  • Rounders
  • Baling selipar
  • Batu seremban
  • Teng-teng
  • Lompat getah
  • Rollerblade & basikal
  • Hide and seek
hah, kan banyak tu? ada lagi tapi tak ingat lah


kalau anda bergaduh dengan kawan anda, apakah yang akan anda katakan pada mereka?

  • Ntah ekk...tak ingat dah.

di kawasan mane selalu menjadi tempat anda bermain?
  • kawasan rumah
  • sekolah, di tapak perhimpunan dan sekitar depan kelas


apakah cita-cita anda semasa kecil?
  • cikgu
  • Stewardess (pernah masuk persembahan pakaian beragam semasa darjah satu sempena Hari Guru, and I jadi stewardess, siap bawak dulang & teko & cawan set lagi naik atas stage. konon-konon nak serve cikgu-cikgu yang atasa stage tu air la. hihihihi...)

apakah kartun atau rancangan tv yang anda gemari dan masih ingat hingga kini?
  • Sesame Street, the tv program yang sangat bagus untuk lear basic english
  • Power Rangers
  • ada satu kartun tu, tak tahu tajuk dia tapi sampai sekarang ingat. the character dalam kartun tu tak bercakap, tapi ada narator yang menceritakan flow kartun tu)

makanan ringan apekah yang anda borong di kedai?
  • Ais-krim malaysia
  • Super Ring
  • Cloud Nine
  • Ding Dang

nyatakan salah seorang kawan anda mase kecil yang anda teringin sangat nak jumpe sekarang?
  • Mmmmm....Hajar la kot. dengan dia sorang je yang still keep in touch.

apakah gelaran anda mase kecik?
  • kakak (mak yang panggil), ju, julie

nyatakan seberapa banyak rakan bloggers anda yang ingin tau zaman kanak-kanaknya...

  • Dilla
  • Dheepan
  • ......




2nd tagged from Dheepan



1)anda rasa anda hot?
Bukan rasa, memang sangat HOT ok! (jawab dengan berlagaknya, huh!)

2)upload photo kegemaran anda



3)mengapa anda suka photo ini?

Gambar ini adalah untuk my online blog boutique, dress itu hendak dijual sbnrnya, suka gambar ini sebab its like.... wowww...!! its that me?? (poyo)

4)bila kali terakhir anda makan pizza?

Rabu, dengan Lisa & Azwin

5)lagu terakhir anda dengar?

I gotta feeling by The Black Eyed Peas you oollllzzzzz...!!! heheehe baru download tadi.


6)apa yang anda buat selain membuat tag ni??

berbalas text dengan mr angelo a.k.a azmi a.k.a amad sambil mendengar bunyi ibu dan ayah sedang menjamu selera di dapur


7)selain dari nama sendiri,anda suka dipanggil nama apa?

syg & kurus :) knp? sebab kata-kata itu satu doa, jadi kalau orang panggil sy kurus sebanyak 44x, insyaALLAH kuruslah sy ngeeee....

8)tag lagi 6 orang.

ramainya...hmmm....

malas mahu tag orang, jadi dengan sukacitanya taknak tag orang, boleh kan?

Saturday, September 5, 2009

Ramadhan as a Student

Salaam...


I dont know why I am sooooo lazy to update my blog lately...its not because I am busy with study or other stuffs, but I am just not in the blogging mood. Huhuhuhuhu.... Well, this entry actually dah lama nak tulis, dah siap buat draft tulis dalam notes in handphone since the first day of Ramadhan, but because I am lazy, ia kekal berkepam di dalam handphone.. hahahahaha....

Even today dah masuk 15 hari kita berpuasa, i think it is still not too late to write about a beautiful Ramadhan yang memang dinantikan setiap tahun, tidak kiralah kerana ingin mengejar rahmat yang hanya datang setahun sekali, ataupun ingin mengejar waktu pergi ke bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka yang sangat banyak pilihan sehingga rambang mata sambil mencuba nasib kalau-kalau bertemu jodoh di sana (heh gatal aku ni :p )

Ok now we proceed with the main reason why this entry is written. I just wanna share my beautiful experience fasting and break fast as a student.

This Ramadhan will be the last Ramadhan for me as a student (InsyaALLAH, tapi sedih la sikit). Time goes so fast. I can't remember how was my Ramadhan during my Foundation year, the only thing that I still remember is i had final exam that time.

During first year degree, most of the time I went to bazaar in campus to buy some food for iftar. Al-maklumlah i do not have transport masa tu. Second year degree, I borrowed my dad's car untuk pergi beli barang berbuka puasa. Usually we bought the food from bazaar peringgit & break fast at JJ foodcourt. But sometimes I went out break fast with my ex-boyfriend (tapi masa tu belum jadi bf lagi...masa tu still lagi sesi kenal mengenal...hehehehehe...)


Third year degree, I was in Internship program. If we had program berbuka puasa with investors atau ada jemputan, we'll go. Pernah berbuka dua kali di Masjid Tanah, sekali di Balai Raya, & sekali lagi di Perpustakaan Masjid Tanah. Makanan dia memang first class!!! Biasalah masakan kampung. However if tak ada jemputan berbuka, I just break fast at home, with the housemates.

This year pun sama. Cuma bezanya i moved to other house. Still go to bazaar ramadhan Peringgit sebab a lot of delicious food we can find there, and some of the food memang dinanti-nantikan sebab masa Ramadhan je boleh dapat, hari-hari lain memang tak dapat. Ada sebenarnya tapi rasanya tak sama dengan yang dijual di Bazaar Ramadhan Peringgit.

Bercerita pasal makanan, my favourtie food for berbuka puasa are nasi kerabu, roti john, kuih tepung pelita with jagung on it, kuih kole kacang, karipap sardin, char kuey tiow, and bihun sup. We can get these foods from Bazaar Ramadhan Peringgit. On the other hands, in Bazaar Ramadhan Masjid Tanah, I love to eat badak berendam and kuih popia sambal. Semua makanan ni menang tak dapat ditandingilah rasanya. Hanya makanan yang I beli ni je yang sedap, yang lain rasanya macam biasa-biasa je. That's why I said why I wait for Ramadan all the time. Sebab memang tak jumpalah rasa makanan sesedap ini. Seriously!


I am sure I will miss my student life during Ramadhan. It comes once in your life time, kan?

Wednesday, August 26, 2009

Bila dah masuk umur 22 ni....


Bila dah masuk umur 22 ni....


  • still rasa tak puas, maksudnya macam tak puas rasa apa yang patut rasa...contohnta enjoy lepak dengan kawan-kawan, pergi vacation dengan kawan-kawan. I ada tengok Facebook my ex-schoolmates, seronok je tengok diorg dapat travel pergi sana sini. pergi Penang la...Frazer Hill la...best kan? I? Memang tak dapat lah nak pergi. Why? Sebab my dad tak izin. Sedih sebenarnya. Tapi apa nak buat kan?
  • Ada kawan-kawan yang dah ada steady boyfriend. Ada yang dah bertunang dan kahwin pun. Yang tengah study at the same time tunang pun ada. Seronok je tengok. I kalau boleh nak je ada steady boyfriend yang my family kenal & restu. Senang nak keluar & jumpa pun tak ada masalah. I mean, at least my family tau dengan siapa I berkawan & keluar. Jadi tiada masalah curiga atau apa-apa perasaan. Jujur itu penting dalam sesuatu hubungan, terutamanya dengan parents and family. Tapi kadang-kadang family tak dapat terima kejujuran, atau tak dapat terima yang anak mereka sudah sepatutnya ada someone yang boleh rely on besides mereka. Iya ke begitu? Ini opinion I je. Bukan apa, I feel jealous tengok mereka yang mempunyai hubungan yang baik dengan family boyfriend or girlfriend mereka. I sedar I masih study, tapi i need someone who can share my feelings, my happiness, sadness, my stress, who can always be there for me no matter what, tak kesahlah dia dekat atau jauh. Asalkan dia ada. Kadang-kadang ada perkara yang kita tak dapat share dengan parents or family. Contohnya macam masalah duit belanja tak cukup ke kan, atau menyampah dengan kawan kita ke kan, atau stress dengan assignments or exam ke kan. Iyalah, sure my parents pun ada masalah lain nak fikir, takkan masalah kecil macam tu pun i nak cerita kat diorang. Jadi I nak lah cari substitute untuk I luahkan apa yang I rasa. For me, study is study. & I know how to differentiate between study and relationship. So far alhamdulillah my study dah getting better when I'm in a relationship. & I nak lah sangat-sangat hubungan yang di restui dan diketahui oleh family. Tapi macam takut pun ada. Macam tak ready pun ada. Takut I di kondem.
  • Kadang-kadang I di layan macam budak sekolah lagi. Sedangkan I dah 22. Kalau boleh I nak ada communication yang telus dan tanpa selindung-selindung dengan orang yang sangat penting dalam hidup I. I nak mereka tau apa yang I buat, yang akan I buat. I nak full support dari mereka. So far yeah memang banyak support dari segi kewangan, emosi, dan banyak lagi dari Ayah terutamanya, Mummy, Amad, Abang, Kak Yati, dan kawan-kawan yang sanggup susah senang bersama. Tapi ada waktu & ketika, di saat I betul-betul memerluka full support, I tak dapat. Mmmmm macam mana mahu terangkan yeh? Tak apa la faham-faham lah sendiri.
  • Mula risau bila nak habis study. InsyaALLAH jika tuhan izinkan, jika ada rezeki, akan habis hujung tahun ini. Mula risau pasal duit yang dah berkurangan, pasal dapat kerja ke tak bila dah habis nanti. Mula risau apakah corak hidup yang akan dilalui, apa yang akan diceburi. Cemburu lihat kawan-kawan dah habis study dan dah boleh travel sana-sini. Tapi I sangat-sangat bersyukur I extend sebab I dapat better result. At least a bit better than before. Sangat-sangat bersyukur.


Tapi I dah buat my own conclusion, mungkin masanya belum sampai lagi. Allah dah tetapkan takdir hambanya begini & begitu. Kita sebagai hambanya perlu taat. Apa yang perlu buat sekarang ialah berdoa dan berdoa, dan buktikan yang I independent. Bukan lagi kanak-kanak riang zaman sekolah.

Thursday, August 20, 2009

aduuuhhhhaaaaiiiiii....!!!


u know what? i dah tembam! oh no! oh no! oh no no no no no no!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ni semua sebab cuti midterm break haritu lah. almaklumlah i duduk rumah aja sepanjang hari.... (duduk rumah sepanjang hari????? bukan pergi lepak2 dengan encik blanket ke sepanjang hari??) ok ok i duduk rumah & makan masakan ibu terchenta yang sedap tu, dah makan masakan ibu, kenalah makan dengan nasi kan? memang lah badan i naik. tambahan pula makan coklat cadbury cookies fruit & nut tu setiap hari, kadang-kadang sehari boleh habis dua bungkus! pastu beli lagi, dapat free dari incik blanket lagi, memang makan je la keje kan?


last 2 weeks pergi kl suddenly sebab my sister-in law tak berapa sihat. jadi dapatlah mencuri masa pergi jumpa amad sekejap, tu pun sebab nak beli ink printer i yang dah habis berminggu-minggu. di sebabkan amad ada kawan yg ada kedai jual komputer ni, pergi la support member kan? sempat minum bersama kwn masa MGS dulu. duduk dekat-dekat je diorg.... **jeles!** hahaha.... sampai amad cakap "eh dah tembam lah...." aduhhh....lagi kecewa la i dengar.... si shikin tu maintain jekk....


pastu last wekk masa kat rumah i sengaja la try korset yang i beli kat lot 10 tahun lepas. try pakai, dah ketat sikit.... herrrmmmmm....camne neh??? see...dalam masa sebulan je i dah tambam dah....susah la camni....


tapi selasa haritu i dah pergi timbang kat tempat selalu i timbang (mana lagi kat klinik mmu lah).. tgk tak ada pulak berat badan i naik....cuma body shape je yang macam tembemm sket...

i wish bulan ramadhan ni kurus lah sikit....harap lah sangat.

Wednesday, August 19, 2009

merajuk, kecil hati, terasa hati, semualah ada!

oh sekarang i ni sangat sangat sangat sangat lah sensitif ok.i repeat, sangat sangat sangat sangat lah SENSITIP! kenapa ntah?? maca, semua benda yang i nak, tak dapat. sedangkan benda kecik je pun. ye lah, every thing's changing kan. contohnya macam dulu i boleh je ikut kawan i pergi makan kan, tiap-tiap malam kitorg g makan sama, tapi sekarang macam takde (bukan macam lagi, memang dah takde pun). sampai satu masa tu i rasa macam terhegeh-hegeh pulak nak ikut dia g makan sebab i lapar, so i offer la diri nak ikut dia g makan, ye lah i kan dah tak ada kawan nak makan sama...tapi respond nya macam agak mengecewakan...macam tak bagi ikut lah gitu....lebih kurang macam cakap "eh kitorg nak g makan kat sini, kat situ, pastu kitorg nak study...".... eh xpelah kan i ikut? kenapa i tak boleh makan kat situ ke? pelik kan? sebelum ni boleh je ikut....tak ada alasan apa-apa pun.


terasa lah jugak....apasal ntah macam dah x close sangat. dulu kalau nak g mana-mana, mestilah dia ajak kan. "eh u nak ikut tak? i nak g makan ni...siaplah..." takpun macam ni, "eh i nak g makan kul 10, jom lah."


tapi sekarang hampehhh....i je pulak yang tanya...."u g makan tak? i nak ikut boleh?" tapi kan macam yang i gtau lah tadi, dia macam nak taknak je....

takdelah, if dia memang rasa tak selesa kalau i ikut, atau dia memang taknak i ikut...cakap je lah straight, "weh, u takleh ikut i lah." haaaa kan senang gitu...takdelah i terasa-terasa cmni.


i try gak lah nak tell her face to face tapi macam tak tercakap pulak. ntah....macam feel uncomfortable gitu....ye lah dah tak close macam dulu.... nasib baik lah rumah parents dekat. boleh balik bila-bila masa je nak. kalau tak, mesti i sedih gila ba alip ba ya punya....


dan i rasa i sangat lah beruntung sebab still ada mereka yang sangat concern dengan i, even diorg jauh. yang paling concern sekali mestilah parents kan. sampai my dad suruh i berulang dari rumah ke campus masa bulan puasa nanti, asalkan anak dia boleh berbuka dan makan tanpa rasa kecik hati. hahahaha.... mr angelo yang tak lupa text hari-hari, sampai cakap "tak pe, aku kan ada".... rakan sekolah si Aaron yang sekarang berada di kota singa yang sanggup call i sampai berjam-jam... dan lan si kawan baru yang kenal semua ahli keluarga i kat masjid tanah sampai atuk nenek i pun dia kenal... classmate baru... jujue...& kawan-kawan yang masih mahu mendengar cerita-cerita mengarut i... tenkiu guys...kira i masih lagi berada di kalangan orang yang sangat beruntung. tak perlu nak mengeluh-mengeluh sebab tak ada kawan nak makan sama, atau tak ada kawan nak ajak g makan,atau takde kawan nak buat apa-apa langsung. (cehhh dah puas mengadu kat sini, baru la nak rasa beruntung.)


i bukan apa...tak biasa...tak biasa sorang-sorang...jdi siapa yang pernah melalui situasi seperti i ni, faham lah kot apa yang sedang i lalui sekarang.

hehehehehe bukan apa, saja nak melepaskan rasa ketidakpuashati yang terbuku di dalam diri.
jangan kecil-kecil hati!

Saturday, August 15, 2009

Jatuh Cinta Lagik!





ya i fall in love lagi. right now dengan bassist Kings of Leon yang sangat mengancam ini! yeahhhhh!!!! si bassist itu yang sedang beraksi bersama gitar putihnya, berbaju kotak-kotak berdiri si sebelah kanan. oh dengan lagi sorang si vox yang sangat seksi, suara pun seksi gitu. lagunya pun seksi abes! especially bila sampai part dia nyanyi "use somebody" tu, memang la gegar jantung i dengar. huhuhu... dia mestilah yang berada di tengah-tengah tu kan. hensem kan mereka?
kalau i ada kuasa magis atau poket doraemon, i akan keluarkan pintu apa ntah nama dia, & pergi ke konsert dalam video ni dan culik si bassist dan vox! berangan jek :p




haiiiii kalau lah dapat boyfren mcm si bassist ni, mmg senyum je memanjang


ni semua influence dari amad la ni, dah dapat pinjam ipod dia,jumpa video seksi ni, mmg la i terpikat secara tak sengaja kan.

Tuesday, August 11, 2009

i fall in love with u dear :)

currently i really fall in love with this song. sangat sangat sangat ok!
well actully dah suka since tahun lepas, since dapat lagu-lagu depa dari miss azwin. but after tengok their video clip terus bertambah suke!





dan ini...







ps: nak jadi cantik macam liyana si vox tu boleh x?

kenapa la malas sgt ni???

i tak tahu dont know la kan kenapa sekarang ni malas sangat nak update blog. sedangkan i banyak je masa terluang sampai terbuang-buang...hehehehe....mungkin sebab tiada komen yang memberansangkan macam orang lain komen belog hanis zalikha yang cantik itu, atau sebab tiada banyak respond. sedih kan? takpe lah. i senang nanti i blog la apa-apa yang patut....

Friday, July 31, 2009

i dapat award...yayyy...!!!

ok, mula-mula dapat award dr azra...then dapat dari dilla. so....kita buat sekaligus la, boleh kan?



1st award from azra



azra

Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini

.sangat pandai. jeles.
. she's really good in baking. so do not stop ok dear?
. sangat organize.
. a very good company.
. she's going to graduate this weekend. congrats!



and from dilla :)






Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 5 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri .

  • pemalas .
  • ada 3 orang nephew yang cute & naughty .
  • sangat sayang pada jingles nya .
  • dulu suka shopping, sekarang duduk rumah je (sebab duit dah tak ada) .
  • kuat jalan.
  • lepas tu balik rumah tidur tak sedar diri.




Anda Perlu Memilih 3 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka

. farah: kami tak la close sangat sebab kami berlainan major. i marketing & dia HR. but i believe dia seorang yang sangat baik :)
. syafiq: he's one of my close friend yang berlainan jantina. who says different gender tak boleh jadi best friend?
. pinkjamboo: a blog friend of mine. she's a wife and a mother to a lovely girl :)














Thursday, July 23, 2009

when i grow up

by looking at the title, i remembered during my primary school. every end of the academic year, the class teacher would asked, “ Juliana, what is you ambition?” this is a normal procedure for every pupils to fill in the report book. There were 3 columns for ambitions that the teacher has to fill in for his/her students.

My first answer would be the same every end of academic year. The other two depends on my interest at those times (biasalah masa kecil, semua tukar. Kejap nak jadi cikgu, kejap nak jadi bomba, nak jadi polis. Sebab tu je pekerjaan yg kita familiar kan).

During English Week, we had to write one words per week and stick it on our shirt. I was writing the words of my ambition with the picture of the object that I drew related to my ambition. See my obsession about this dream; how I’m really want to be like others who had successes in this job?

Actually no one knows about this dream. I hardly ever tell my friends about this because I think it is just an ambition during school (especially kawan-kawan kat campus la kan). As we grown up, we have exposed too many interest and jobs. Therefore my interest also keeps on changing with time.

Then one day, the TV station had announced about the open interview about this job. I’m not that excited but I just want to try (manalah tahu kot-kot dapat kan). I asked daddy can he send me to that open interview, he asked whether I really wants to go? I said yes, why not. Just want to take the experience going to an open interview.

To make my ambition become a career, I went for this interview to become what I want since I was in primary school last Saturday.



pictures will describe thousands of words. so describe it yourself!



ready to go!

we were lost, dad have to asked the limo driver how to go there



sampai!

woooo...memang ramai lah orang beratur kan.
see, ramai gila orang


ok, this interview has several stages. first, form was given to candidate, filled up the form.
then all the candidates have to measure their weight and height. female is between 156cm until 170cm if i'm not mistaken, whereas male have to be from 170cm until berapa ntah.if the candidate height wasn't follow the criteria, the candidate have to go home dengan perasaan kuciwa sangat-sangat.


ok lepas ukur tinggi and berat semua, we all have to queued up untuk ambil nombor giliran for the interview. i have to wait 1/2 and hour untuk duduk di kerusi sahaja yeh. untuk dapatkan nombor, i have to wait 1 hour. then the we have to passed the form to the person kat depan tu and gave them check whether cukup ke tak the requirement. for those who doesn't bring their SPM Cert, memang kena halau balik.


ok ni nombor giliran i, 570.

i have to waited another 3 hours before i went in into the room. ok before masuk dalam bilik to we have to wait lagi before nombor di panggil. during we were waiting in front of the room, the interviewer asked us to folded up lengan baju sapa-sapa yang panjang, he gave an instruction:
  1. masuk aja dalam bilik senyum dan jalan. there will be 2 counter, so we have to go to one of the counter (they wanted to see how we walk)
  2. then showed our hands to the interviewer
  3. lastly they asked me to read the announcement given.
  4. waited again in the other room for the result.

dan cuba teka, do i get to go to the next stage?


Friday, July 17, 2009

kawen dah?

i am preparing for my open interview tomorrow. untuk position apa? sila tungguuuuuuuuuuuuu........... hehehehehe... a lil bit nervous because this is my first time going for an open interview (even b4 this pernah g interview sorg2 masa lepas spm dulu). i assume there will be a lot of people there, who are more qualified, tall and beautiful than me (apa kena-mengena cantik dgn interview? ) dah lah lupa nak fotostat sijil-sijil semua, balik dr campus tadi boleh pulak relax-relax baca Tiga Dara Pingitan Vol. 4 yg dipinjam dr new housemate iaitu kak intan. ok-ok i wish everything will be fine tomorrow. wish me luck ye syg-syg ku. the post about the interview akan dicerita kemudian. now nak buat tag from azra. thanks azra! rindu gila nak buat tag.




1. How old are you?
# 22 tahun (sy tak perasan mcm azra yep, sy sedar diri :p )

2. Are you single?
# single & ready to mingle... weeee~~~~~!!!!

3. At what age do you think you'll get married?
# mmmm......25 and above maybe?

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
# InsyaALLAH

5. If not, who do you want to marry?
# christiano ronaldo. haaaaa....FAHRIN AHMAD!

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
# ntah, havent think about it yet.

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
#traditional wedding with a lot of butterfly motives gak. oh theme kaler nak off white!

8. Where do you plan to go on honeymoon?
# mmm...... i think honeymoon will be at semua tempat! so my other side kena la kaki jln & kaki travel mcm i.

9. How many guests do you think you'll invite?
# idk, around 500?

10. Will that include your exes?
# nope.

11. How many layers of cake do you want?
# 3 jugak lah.

12. When do you want to get married, morning or evening?
# Evening, after Asr prayer.

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
# lagu-lagu kawenla, takkan lagu raya pulak. cthnya "selamat pengantin baru".

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon&fork?knife?
# jwpn sama mcm azra. lgpun ada ke pengantin makan pakai tangan? malu dowh.

15. Champagne or red wine?
# orange juice! yg sunkist tu :)

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
# i think days after wedding. mestilah penat kan pas kawen je terus nak g honeymoon.

17. Money or household items?
# Both :D

18. How many kids would you like to have?
# Allah yg tentukan.

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
# perhaps.

19.1. Baju kahwin kaler? (soalan ni aku rasa azra yg tambah ni)
# off white during nikah, yg lain havent think it yet.

19.2. Kad kahwin?
# wahhh kad kawen skrg nak pilih mmg la rambang mata. buat sendiri je la kan?

19.3 Wedding gift?
# wedding gift ni hantaran ke apa? i rasa nak bg my future husband ipod la, dgn nikon dslr, i nak handbag coach. hehehehehe....

19.4 Kameraman?
# lagi lah tak decide kan.

20. Whose wedding plan would you like to know next.
# aqilah, farah, dilla!

Thursday, July 9, 2009

Just Another Day...

pagi-pagi sudah bangun, mahu pergi hantar sandwich & sardin roll dia Jln Hang Tuah.
penat sebenarnya, malam around pukul 8 lebih dah start buat sandwich & sardin roll, pukul 11 lebih baru siap. esoknya pagi dah kena bangun nak goreng sardin roll, then pergi hantar ke 2 kedai; satu di Maybank Jln Hang Tuah (yang dekat dengan Subaidah, depan HSBC), satu lagi di foodcourt Mara, tempat selalu student UiTM breakfast.


sandwiches


sardine rolls

but now i've decided to stop supplying the sandwiches and sardin rolls sebab tak ada untung. besides aku sudah malas mahu pinjam kereta kepunyaan bapa, kang apa-apa jadi susah. betul tak? takpe ayah wait until i get a good job then i'll buy the new car for you, your car tu bagi julie je yeh? (cehhh berangan...).


after that i went to McD Dataran Pahlawan for breakfast (alone okayyhhhh....!!! can u imagine how lonely i am???? ). i took Fillet O Fish sambil membaca suratkhabar Metro.


Jingles always at my side


McD's Breakfast Set



Kemudian berjalan-jalan di dalam Dataran Pahlawan & mencuba baju di FOS. hajat di hati mahu membeli seluar slack MNG sebab tengah sale (seluar tu simpanan akan datang ye, bukan untuk bazir-bazir) tetapi memandangkan keadaan kewangan tidak mengizinkan jadi terpaksa la belek-belek sahaja. selepas itu ke MagicBoo di Melaka Raya & membeli powder face mask 1 botol yang sangat la besar (tak ada saiz lain, tu je yang ada). oh ini perlu sebab muka dah teruk sikit, pori-pori semakin nampak sebab pergi buat facial.harga pada i sangat la berbaloi sebab botol besar tu boleh pakai sampai 3 tahun akan datang ( tu kalau i yang pakai lah kan).






hahhhhhhhh sangat lah sedih hidup sorang-sorang ni. tapi si amad cakap sampai bila nak bergantung pada orang je, betul tak? betul betul betul. nanti dah kerja hidup sorang gak. wish i could survive until January. sikit je lagi.







ohhhhh rindu ini budak lil precious. bila boleh jumpa & bermain bersama lagi?







Friday, July 3, 2009

Home Sweet Home

tadi pergi letak sikit barang di rumah sewa baru....



sekarang ni rasa sangat berat mahu berpindah ke rumah sewa baru...kenapa?



sebab....








i'm gonna miss my mummy & daddy... sudah sebati driving everyday from masjid tanah to campus, even though its a lil bit tired for me, but i'm happy 'cause i can see their faces everyday.

i gain weight 'cause i eat my mom's cook everyday, & i'm sure i gonna miss that too.

i'll miss my time with daddy going to shop mart every night to buy some stuffs for tomorrow's dishes.

i'll miss watching tv with mummy everyday. chat with her about angelo, and her babbling.

i'll miss the feeling "cant wait to go home" after i finish my classes.

should i just stay here with my parents and drive all day to campus?



but... it's hard. why? i have to travel 45 minutes approximately to campus everyday, then go home. i have class from 7.45pm till 10.30pm on tuesday, i have to send sandwiches every morning, i have to attend my assignment meetings at night (sometimes until late night), and many more responsibilities as a student that i have to do.



sabar lah hati, once i got a job, i'll ask them to stay with me. if they refuse, paksaan akan digunakan. yeah~~



love u mom & dad. [anak manja kan...]