Thursday, November 18, 2010

Heaven on Earth

Well, sejak bekerja tempat baru, rasa kesyukuran itu aku panjatkan setiap waktu. Alhamdulillah, akhirnya aku ketemu juga apa yang aku idam-idamkan selama ini. Bukan bermakna selama ini aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada, cuma sebelum ini nasib tidak menyebelahi aku. Tetapi kali ini, aku sangat happy dengan hidup aku sekarang, seolah-olah ia hampir sempurna....



Dulu aku ada buat entry pasal aku nak sangat duduk KL tapi ntah kemana entry tu, sebab kawan-kawan semua kat sini, kehidupan itu ada di KUALA LUMPUR, Syurga membeli-belah di KUALA LUMPUR, dan kekasih hati juga bermastautin di KUALA LUMPUR. Cuma alasan kekasih hati itu tidak berapa relevan untuk aku sebab kami dah practice long distance relationship selama setahun setengah. Jadi perkara tu aku tak berapa kisah. Dekat atau tidak, tak menjadi hal pada aku dan dia sebab kami kerap juga berjumpa. Kalau tak aku akan merengek-rengek sampai dia pening kepala. Dan sekarang aku rasa, duduk dekat pun tak guna sebab dah tak ada rasa apa.

Ok kita sambung pada perkara asal yang aku nak cerita. Kerja aku sekarang, more on Sales and Marketing lah. Ada sales target tapi tak ditekankan sangat. Aku di tempatkan di Jabatan Perhubungan Media & Pengurusan Acara, yang memang aku minat sangat-sangat sebab since aku study di MMU dulu memang aku dah involve organized events ni. Dari events yang formal sampailah yang ke tidak formal langsung. Cuma kali ini, aku banyak handle media lah. Jaga media centre untuk big events yang melibatkan Kementerian dan Associations.

Tambahan pula, rakan sekerja memang best gila sebab semuanya satu kepala, kecuali seorang dua. Ok lah tu kan. Sekurang-kurangnya aku tak drag myself to the office dan aku ikhlas nak pergi mencari rezeki hari-hari.

Aku ada rutin yang sama setiap hari. Pagi, aku akan sampai around 8, tunggu rakan sekerja yang memang aku akan pergi breakfast and lunch dengan dia. Kadang-kadang dinner pun sekali. Dah macam belangkas :)

Balik kerja, mula-mula dulu habis je kerja pukul 6, aku akan terus balik rumah. Ikut short cut di Jalan Semarak, tembus Taman Sri Rampai, then sampai rumah around 6.30 macam tu. Sampai rumah mandi, then selepas maghrib keluar balik lepak makan dengan Soya & Amad, tu bukan selalu...kadang-kadang aja. Selalunya bila aku dah naik rumah, memang aku malas nak turun balik.

Sekarang, balik kerja, aku akan pergi makan di Kampung Baru dengan officemate and lepak sekali gelak-gelak dengan kawan-kawan dia. Aku rasa sekarang heaven gila hidup aku. Masalah agak kurang, tekanan seolah-olah tiada, dan aku di kelilingi oleh mereka yang buat aku bahagia