Wednesday, August 26, 2009

Bila dah masuk umur 22 ni....


Bila dah masuk umur 22 ni....


  • still rasa tak puas, maksudnya macam tak puas rasa apa yang patut rasa...contohnta enjoy lepak dengan kawan-kawan, pergi vacation dengan kawan-kawan. I ada tengok Facebook my ex-schoolmates, seronok je tengok diorg dapat travel pergi sana sini. pergi Penang la...Frazer Hill la...best kan? I? Memang tak dapat lah nak pergi. Why? Sebab my dad tak izin. Sedih sebenarnya. Tapi apa nak buat kan?
  • Ada kawan-kawan yang dah ada steady boyfriend. Ada yang dah bertunang dan kahwin pun. Yang tengah study at the same time tunang pun ada. Seronok je tengok. I kalau boleh nak je ada steady boyfriend yang my family kenal & restu. Senang nak keluar & jumpa pun tak ada masalah. I mean, at least my family tau dengan siapa I berkawan & keluar. Jadi tiada masalah curiga atau apa-apa perasaan. Jujur itu penting dalam sesuatu hubungan, terutamanya dengan parents and family. Tapi kadang-kadang family tak dapat terima kejujuran, atau tak dapat terima yang anak mereka sudah sepatutnya ada someone yang boleh rely on besides mereka. Iya ke begitu? Ini opinion I je. Bukan apa, I feel jealous tengok mereka yang mempunyai hubungan yang baik dengan family boyfriend or girlfriend mereka. I sedar I masih study, tapi i need someone who can share my feelings, my happiness, sadness, my stress, who can always be there for me no matter what, tak kesahlah dia dekat atau jauh. Asalkan dia ada. Kadang-kadang ada perkara yang kita tak dapat share dengan parents or family. Contohnya macam masalah duit belanja tak cukup ke kan, atau menyampah dengan kawan kita ke kan, atau stress dengan assignments or exam ke kan. Iyalah, sure my parents pun ada masalah lain nak fikir, takkan masalah kecil macam tu pun i nak cerita kat diorang. Jadi I nak lah cari substitute untuk I luahkan apa yang I rasa. For me, study is study. & I know how to differentiate between study and relationship. So far alhamdulillah my study dah getting better when I'm in a relationship. & I nak lah sangat-sangat hubungan yang di restui dan diketahui oleh family. Tapi macam takut pun ada. Macam tak ready pun ada. Takut I di kondem.
  • Kadang-kadang I di layan macam budak sekolah lagi. Sedangkan I dah 22. Kalau boleh I nak ada communication yang telus dan tanpa selindung-selindung dengan orang yang sangat penting dalam hidup I. I nak mereka tau apa yang I buat, yang akan I buat. I nak full support dari mereka. So far yeah memang banyak support dari segi kewangan, emosi, dan banyak lagi dari Ayah terutamanya, Mummy, Amad, Abang, Kak Yati, dan kawan-kawan yang sanggup susah senang bersama. Tapi ada waktu & ketika, di saat I betul-betul memerluka full support, I tak dapat. Mmmmm macam mana mahu terangkan yeh? Tak apa la faham-faham lah sendiri.
  • Mula risau bila nak habis study. InsyaALLAH jika tuhan izinkan, jika ada rezeki, akan habis hujung tahun ini. Mula risau pasal duit yang dah berkurangan, pasal dapat kerja ke tak bila dah habis nanti. Mula risau apakah corak hidup yang akan dilalui, apa yang akan diceburi. Cemburu lihat kawan-kawan dah habis study dan dah boleh travel sana-sini. Tapi I sangat-sangat bersyukur I extend sebab I dapat better result. At least a bit better than before. Sangat-sangat bersyukur.


Tapi I dah buat my own conclusion, mungkin masanya belum sampai lagi. Allah dah tetapkan takdir hambanya begini & begitu. Kita sebagai hambanya perlu taat. Apa yang perlu buat sekarang ialah berdoa dan berdoa, dan buktikan yang I independent. Bukan lagi kanak-kanak riang zaman sekolah.

Thursday, August 20, 2009

aduuuhhhhaaaaiiiiii....!!!


u know what? i dah tembam! oh no! oh no! oh no no no no no no!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ni semua sebab cuti midterm break haritu lah. almaklumlah i duduk rumah aja sepanjang hari.... (duduk rumah sepanjang hari????? bukan pergi lepak2 dengan encik blanket ke sepanjang hari??) ok ok i duduk rumah & makan masakan ibu terchenta yang sedap tu, dah makan masakan ibu, kenalah makan dengan nasi kan? memang lah badan i naik. tambahan pula makan coklat cadbury cookies fruit & nut tu setiap hari, kadang-kadang sehari boleh habis dua bungkus! pastu beli lagi, dapat free dari incik blanket lagi, memang makan je la keje kan?


last 2 weeks pergi kl suddenly sebab my sister-in law tak berapa sihat. jadi dapatlah mencuri masa pergi jumpa amad sekejap, tu pun sebab nak beli ink printer i yang dah habis berminggu-minggu. di sebabkan amad ada kawan yg ada kedai jual komputer ni, pergi la support member kan? sempat minum bersama kwn masa MGS dulu. duduk dekat-dekat je diorg.... **jeles!** hahaha.... sampai amad cakap "eh dah tembam lah...." aduhhh....lagi kecewa la i dengar.... si shikin tu maintain jekk....


pastu last wekk masa kat rumah i sengaja la try korset yang i beli kat lot 10 tahun lepas. try pakai, dah ketat sikit.... herrrmmmmm....camne neh??? see...dalam masa sebulan je i dah tambam dah....susah la camni....


tapi selasa haritu i dah pergi timbang kat tempat selalu i timbang (mana lagi kat klinik mmu lah).. tgk tak ada pulak berat badan i naik....cuma body shape je yang macam tembemm sket...

i wish bulan ramadhan ni kurus lah sikit....harap lah sangat.

Wednesday, August 19, 2009

merajuk, kecil hati, terasa hati, semualah ada!

oh sekarang i ni sangat sangat sangat sangat lah sensitif ok.i repeat, sangat sangat sangat sangat lah SENSITIP! kenapa ntah?? maca, semua benda yang i nak, tak dapat. sedangkan benda kecik je pun. ye lah, every thing's changing kan. contohnya macam dulu i boleh je ikut kawan i pergi makan kan, tiap-tiap malam kitorg g makan sama, tapi sekarang macam takde (bukan macam lagi, memang dah takde pun). sampai satu masa tu i rasa macam terhegeh-hegeh pulak nak ikut dia g makan sebab i lapar, so i offer la diri nak ikut dia g makan, ye lah i kan dah tak ada kawan nak makan sama...tapi respond nya macam agak mengecewakan...macam tak bagi ikut lah gitu....lebih kurang macam cakap "eh kitorg nak g makan kat sini, kat situ, pastu kitorg nak study...".... eh xpelah kan i ikut? kenapa i tak boleh makan kat situ ke? pelik kan? sebelum ni boleh je ikut....tak ada alasan apa-apa pun.


terasa lah jugak....apasal ntah macam dah x close sangat. dulu kalau nak g mana-mana, mestilah dia ajak kan. "eh u nak ikut tak? i nak g makan ni...siaplah..." takpun macam ni, "eh i nak g makan kul 10, jom lah."


tapi sekarang hampehhh....i je pulak yang tanya...."u g makan tak? i nak ikut boleh?" tapi kan macam yang i gtau lah tadi, dia macam nak taknak je....

takdelah, if dia memang rasa tak selesa kalau i ikut, atau dia memang taknak i ikut...cakap je lah straight, "weh, u takleh ikut i lah." haaaa kan senang gitu...takdelah i terasa-terasa cmni.


i try gak lah nak tell her face to face tapi macam tak tercakap pulak. ntah....macam feel uncomfortable gitu....ye lah dah tak close macam dulu.... nasib baik lah rumah parents dekat. boleh balik bila-bila masa je nak. kalau tak, mesti i sedih gila ba alip ba ya punya....


dan i rasa i sangat lah beruntung sebab still ada mereka yang sangat concern dengan i, even diorg jauh. yang paling concern sekali mestilah parents kan. sampai my dad suruh i berulang dari rumah ke campus masa bulan puasa nanti, asalkan anak dia boleh berbuka dan makan tanpa rasa kecik hati. hahahaha.... mr angelo yang tak lupa text hari-hari, sampai cakap "tak pe, aku kan ada".... rakan sekolah si Aaron yang sekarang berada di kota singa yang sanggup call i sampai berjam-jam... dan lan si kawan baru yang kenal semua ahli keluarga i kat masjid tanah sampai atuk nenek i pun dia kenal... classmate baru... jujue...& kawan-kawan yang masih mahu mendengar cerita-cerita mengarut i... tenkiu guys...kira i masih lagi berada di kalangan orang yang sangat beruntung. tak perlu nak mengeluh-mengeluh sebab tak ada kawan nak makan sama, atau tak ada kawan nak ajak g makan,atau takde kawan nak buat apa-apa langsung. (cehhh dah puas mengadu kat sini, baru la nak rasa beruntung.)


i bukan apa...tak biasa...tak biasa sorang-sorang...jdi siapa yang pernah melalui situasi seperti i ni, faham lah kot apa yang sedang i lalui sekarang.

hehehehehe bukan apa, saja nak melepaskan rasa ketidakpuashati yang terbuku di dalam diri.
jangan kecil-kecil hati!

Saturday, August 15, 2009

Jatuh Cinta Lagik!





ya i fall in love lagi. right now dengan bassist Kings of Leon yang sangat mengancam ini! yeahhhhh!!!! si bassist itu yang sedang beraksi bersama gitar putihnya, berbaju kotak-kotak berdiri si sebelah kanan. oh dengan lagi sorang si vox yang sangat seksi, suara pun seksi gitu. lagunya pun seksi abes! especially bila sampai part dia nyanyi "use somebody" tu, memang la gegar jantung i dengar. huhuhu... dia mestilah yang berada di tengah-tengah tu kan. hensem kan mereka?
kalau i ada kuasa magis atau poket doraemon, i akan keluarkan pintu apa ntah nama dia, & pergi ke konsert dalam video ni dan culik si bassist dan vox! berangan jek :p




haiiiii kalau lah dapat boyfren mcm si bassist ni, mmg senyum je memanjang


ni semua influence dari amad la ni, dah dapat pinjam ipod dia,jumpa video seksi ni, mmg la i terpikat secara tak sengaja kan.

Tuesday, August 11, 2009

i fall in love with u dear :)

currently i really fall in love with this song. sangat sangat sangat ok!
well actully dah suka since tahun lepas, since dapat lagu-lagu depa dari miss azwin. but after tengok their video clip terus bertambah suke!





dan ini...







ps: nak jadi cantik macam liyana si vox tu boleh x?

kenapa la malas sgt ni???

i tak tahu dont know la kan kenapa sekarang ni malas sangat nak update blog. sedangkan i banyak je masa terluang sampai terbuang-buang...hehehehe....mungkin sebab tiada komen yang memberansangkan macam orang lain komen belog hanis zalikha yang cantik itu, atau sebab tiada banyak respond. sedih kan? takpe lah. i senang nanti i blog la apa-apa yang patut....