Sunday, January 25, 2009

its all because of YOU

i cant stop loving you...

every heartbeat thinks of you...

but i'm hurt inside...

my heart torn apart...

no one knows how it feels...

this wound is hard to heal...


Thursday, January 22, 2009

tagged by azra again and again!



A. Attached or single?
= single and available ( chehhh...!!)

B. Best friend?
= secret :p

C. Cake or pie?
= i prefer cake. sedapnya chocolatechip walnut!

D. Day of choice?
= Jumaat, penghulu segala hari

E. Essential item?
= handbag

F. Favorite color?
= black, pink


G. Gummy bears or worms?
= gummy bears

H. Hometown?
= malacca & n9

I. Favorite indulgence?
= Chocoloates too, same as azra & azwin

J. January or July?
= July, because my name is Julie, the spelling is similar :) hahahaha

K. Kids?
= i dont have a kids yet, but i have 3 heroes which is my naughty nephews

L. Life isn’t complete without?
= banyak.

M. Marriage date?
= i dont want to think about it for now. heh :)


N. Number of magazine subscriptions?
= ntah?

O. Orange or apple?
= Apple. An apple a day, apa ntah lg.

P. Phobias?
= being alone?

Q. Quotes?
= life is great, enjoy it

R. Reasons to smile?
= when somebody makes me smile

S. Season of choice?
= musim buah durian. hahahaha.... nahhh....summer la kot.

T. Tag 5 people
= hohohooohhh...anyone, boleh?

U. Unknown fact about me?
= of course i cant tell u guys!


V. Vegetable?
= spinach

W. Worst habit?
=
mulut main lepas.

X. X-ray or ultrasound?
= x-ray

Y. Your favorite food(s)?
= sambal sotong @ sotong grg tepung :)

Z. Zodiac sign
= taurus...weeeweeee....!!!

Tuesday, January 20, 2009

tagged by azra

Remove 1 question from below and add in a personal question, make it a total of 20 questions. Then tag 8 people in your list, list them out at the end of this post. Notify them in their chat box that he/she has been tagged.





1. If you could spend one Ringgit in 5 minutes, what would you spend on?
- keropok lekor singgit. (aku rindu keropok lekor yg dekat dpn cm tu, masa sekolah dulu,sebelum g tuisyen kat kasturi, sure beli keropok lekor dulu b4 masuk tuisyen).


2. What is your most favourite thing to do?
-listening to music sambil jerit2 mcm org gila, driving, wasting time,


3. What kind of news do you read?
- depends...sometimes entertainment akan aku baca dulu.


4. What would u do if u were to die tomorrow?
-taubat banyak2, minta ampun kat semua orang,setelkan hutang piutang. (banyak dosa aku ni)

5. Is there someone in your heart right now?
- mestilah ada. but that someone doesnt know that he's in my heart.


6. Do you believe you can survive without money?
- hell no!


7. What are you afraid to lose the most?
- family of course, & my loved one.


8. What do you feel like doing right now?
- ntah...hidup sgt bosan cuti2 ni. oh ya, g holiday & lupakan semua masalah yg ada. & lupakan "dia".


9. If there’s someone that you love, would you confess to him/her?
- mestilah. tp kita perlukan kekuatan utk buat semua tu, kan? & so far aku dh berjaya confess pd org yg aku suka :)


10. List 5 things that u like in a guy/girl.

  • he can guide me
  • very understanding, always understand my situation
  • can get along with me
  • love me, supportive
  • accept me as i am

11. What are the requirements that you not wish from your other half?
- selfish


12. What do you think is your purpose in life?
- menjalankan tanggungjawab sbg hambaNYA & juga kepada orang sekeliling

13. Do you feel like killing someone at the moment?
- nope i dont


14. If you had to eat one thing for the rest of your life, what would it be?
- sambal sotong!


15. If you had a choice to be rich or happy, which one would you pick?
- both, but happy is the first choice. i wanna be happy first, then i can think how to be rich. can i?


16. If you have a chance, which part of your character you would like to change?
- degil, lurus bendul, kuat membazir, senang percaya kat orang, what else huh?


17. Who is the person that you can share all your problems with?
- i dont have anyone right now. lonely....i'm mr lonely...i have nobody....(sambil nyanyi lagu lonely)


18. Name one love song that you have in mind and why.
- kau & aku from nidji. this song reminds me of ....


19. What is the one thing you love about yourself?
- confidence, same as azra.


20. what are u excited for?
- mmmm....still thinking about the answer


The lucky 8.
- aku xnak tag sapa2. sapa2 rasa nak buat tag ni, dipersilakan.

Saturday, January 17, 2009

hanya kawan



jules with her ex-schoolmates





kawan, sahabat, rakan, friends, buddy, pal, boyfriend, girlfriend, classmate, coursemate, housemate, groupmate, officemate, colleague, macam-macam kita gelarkan pada seseorang yang kita kenal, tidak kiralah sama ada dia rapat atau tidak, di alam maya (internet) atau alam nyata, mereka masih boleh dikira sebagai kawan, tempat untuk kita bercerita segala susah & senang, menghabiskan masa bergelak ketawa & nangis bersama, & banyak lagi perkara yang kita buat bersama kawan kita.

tetapi persoalannya di sini ialah bolehkah kita berkawan rapat atau berkawan baik dengan mereka yang berlainan jantina dengan kita? pada aku, jawapannya ya, kita boleh. tidak salah kan mempunyai kawan baik yang berlainan jantina. siapa kata gen XX & gen XY tidak boleh berkawan rapat & berkongsi? (maksud aku bukan berkongsi macam poligami tu ya).

walaubagaimanapun, mungkin ada sesetengah pihak yang tidak senang pacarnya mempunyai kawan yang tidak sejantina dengan pacarnya. contohnya, the boyfriend/girlfriend tidak suka & marah jika girlfriendnya/boyfriendnya mempunyai kawan rapat lelaki/perempuan (harap anda faham maksud yang sedang saya bicarakan).


tetapi pada aku, itu tidak salah. sebab aku juga punya kawan rapat bergen XY. tapi bilangannya sedikit berbanding masa sekolah dulu. semakin meningkat dewasa, kawan-kawan bergen XYku ramai yang tidak dapat dihubungi. almaklumlah, ada yang sudah menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama mempunyai kekasih hati.

berbalik kepada perkara yang dibincangkan tadi, tentang bolehkah kita mempunyai kawan rapat yang berlainan jantina walaupun kita sudah ada calon isteri, & aku akan tetap mengatakan ya, kenapa tidak? tetapi individu tersebut perlulah menjaga batas-batas pergaulan & perasaan agar tidal timbul perkara yang tidak di ingini di kemudian hari. contohnya, jatuh cinta dengan kawan rapat sendiri. perkara ini memang berlaku. jika aku, aku akan jaga batas-batas aku agar perkara tersebut tidak terjadi jika aku sudah punya cinta hati (jadi wahai cinta hatiku, anda masih lagi berada dalam zon selamat & takkan kehilangan aku, melainkan jodoh tidak menyebelahi kita).

kepada kekasih-kekasih, untuk tidak menimbulkan rasa syak wasangka & mengurangkan rasa cemburu anda terhadap kekasih anda yang mempunyai kawan rapat berlainan jantina, anda boleh mengikuti beberapa tips di bawah yang saya rasa akan berkesan seterusnya menyemarakkan kasih sayang anda & menambah kenalan anda.

antaranya ialah:

  • berkenalan & berkawan dengan kawan rapat kekasih anda.
  • keluar bersama di dalam kumpulan; jadi anda tahu serba sedikit tentang kawan baik kekasih anda.
  • letakkan sedikit kepercayaan kepada kekasih anda



banyak lagi sebenarnya, tapi aku tak ingat.
yang penting sekarang, terpulang kepada seseorang itu mahu berkawan dengan sesiapa pun yang dia hendak, sebab dia mempunyai hak untuk berkawan & menjaga hubungan sesama manusia di atas muka bumi ini. bak kata pepatah, berkawan biar seribu, berkasih biar satu.



**kepada pembaca, jika anda mempunyai sebarang komen atau kritikan, sila beri komen anda. feedback anda sangat dialu-alukan.

Sunday, January 11, 2009

happy birthday!!!




happy 22nd birthday





azra!




wish u have a great life ahead!








love,
jules.



us, azra's & nocha's bday bash at jetty.

Friday, January 9, 2009

rebranding

today; 9th january 2009; 1013 waktu malaysia



aku tau masih ramai lagi yang merasai kemeriahan tahun baru 2009, dan aku rasa masih belum terlambat untuk kita membuat azam baru. aku ada azam untuk tahun ni, cuma tak ada masa nak update di blog di sebabkan beberapa perkara yang banyak berlaku lately.azam baru aku kali ini sangat lain, & ini adalah salah satu cara untuk rebranding JULIANA SHAHIDA BT BASERI (sama mcm yang RTM buat tu; rebranding. & aku cuma mempraktikkan apa yang aku belajar di kelas brand management).



ada banyak benda yang harus aku implement untuk rebranding diri aku sendiri. banyak sangat. & mungkin ada antara kamu tidak sangka yang aku akan buat perkara-perkara sedemikian. ya, aku cuma mahu jadi yang terbaik daripada sebelum ini. agar tiada lagi masalah antara aku dan insan lain, teknologi (ingat lagi kata-kata mdm azlin dalam class services marketing; teenagers (she means us) nowadays are born with technology), duit, jiwa & rohani, dan benda-benda lain yang pernah bermasalah sebelum ini.


aku dah senaraikan apa yang aku akan buat tahun ini insyaALLAH, untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya:


  • solat cukup 5 waktu, walaupun aku di luar sedang bercanda ria dengan kawan-kawan & keluarga. umur semakin meningat, tapi amalan tetap sama macam dulu, aku rasa inilah masanya untuk aku mendekatkan diri pada pencipta yang selama ini tak pernah melupakan aku, yang selalu selesaikan masalah aku masa aku betul-betul dalam masalah, yang tak putus-putus memberi rezeki, insyaALLAH aku tidak akan lupa akan tanggungjawab ku sebagai hamba mu ya tuhanku.



  • berjimat cermat, i'll spend my money & time wisely. aku sekarang sudah berada di final year. banyak sangat final year project yang aku kena siapkan. kena tukar lifestyle aku yang kuat berjalan tanpa hala tuju ni ke lifestyle yang duduk dirumah buat kerja & menelaah buku. sampai bila aku nak dapat result yang cukup-cukup makan je, kan? dan aku tidak mahu lagi berlengah-lengah menyiapkan final year project (fyp) aku. sebab bila setiap kali aku lengah, ada saja masalah akan melanda. contohnya jenny rosak lah, fyp aku kena reject lah, macam-macam lagi. jadi aku akan siapkan semua kerja tanpa melengahkan masa yang ada supaya aku akan ada masa untuk belajar & benda-benda lain. duit, semua orang ada masalah duit, tambahan pula dengan krisis ekonomi global yang melanda, dan ura-ura mengatakan ekonomi tahun 2009 ini akan lebih teruk dari krisis-krisis tahun sebelumnya, jadi aku memang kena berjimat cermat. plus aku dah tiada wang selepas membeli jingles; handphone baru yang menggantikan jayce. jadi untuk cover balik semua duit simpanan aku tu, aku kenalah saving balik. beli benda yang perlu sahaja, jangan kuat shopping, window shopping pun jangan sebab it will end up with buy something. makan benda biasa-biasa aja, tak payah nak pergi makan secret recipe atau pergi mana-mana restoran yang akan membuatkan aku berbelanja lebih dari yang sepatutnya. oh ya masa & wang sangat close related. pepatah inggeris ada mengatakan time is money, dan bahasa melayu kita yang indah pula masa itu emas. jadi aku harap aku tidak akan mensia-siakan dua benda ini.

  • be more soft spoken. aku ni loud orangnya. sangat loud. suara aku pun kuat. orang selalu ingat aku sedang marah mereka tetapi tidak. kadang-kadang aku tak sedar yang aku bercakap sampai tone volume aku naik. dan kadang-kadang intonasi suara aku tidak kena dengan situasi, jadi, aku harus lebih soft spoken. cakap dengan nada suara yang rendah agar disenangi oleh semua pihak. untuk family, kawan-kawan, mudd & orang-orang yang rapat dengan aku terutamanya. sebab mudd & kawan-kawan selalu tegur macam tu. apa salahnya berubah untuk jadi yang lebih baik, kan?

  • study very very very hard. benda ni setiap kali masuk sem baru aku akan remind diri aku. tapi bila dah masuk minggu ke 2-3, bila assignment task telah diberi, aku jadi tak cukup masa nak study. dan akhirnya aku akan study last minute. hahahaha. tapi mungkin itu hanya alasan untuk aku lepaskan diri dari rasa bersalah sebab tak study. insyaALLAH, aku akan spend lebih banyak masa untuk kau saja wahai textbook-textbook ku sayang.



  • benda yang paling penting dalam hidup kita sekarang ni, bahasa inggeris. aku akan increase kan my english level terutamanya dari segi grammar & comprehension. apa yang aku akan buat ialah invest more to english books e.g novel or magazine, compare to investing in baju & aksesori yang berjenama & mahal. fashion industry changes rapidly, jadi susah nak cope dengan semua fashion yang melanda. however knowledge remains the same, tidak bertukar, malah bertambah. jadi untuk keluar ke working life nanti kena jadi knowledgeable tentang banyak perkara. lainlah kalau aku pergi interview ke tempat yang memang berkaitan dengan fashion sampai aku kena tau benda-benda tu semua.




  • manage my stress. aku seorang yang sangat senang stress especially apabila mendapat satu-satu perkara yang tidak di sangka. & aku akan terus telefon mudd dan membebel padanya dengan nada suara yang dia tidak senang. jadi apa yang perlu aku buat ialah duduk sekejap dan berfikir rasional. kemudian kalau tak jumpa juga jalan penyelesaian, baru telefon siapa-siapa yang aku percaya boleh selesaikan masalah aku ataupun at least boleh redakan stress aku.





wooohhhh banyak juga azam aku ye? hahahaha....harap-harap the brand new JULIANA SHAHIDA BT BASERI akan dapat buat semua ini dengan sokongan orang sekeliling


**ok julie, jom sambung study. esok exam services marketing & national dance!

Thursday, January 8, 2009

tagged from azwin

1. What if you were the last person on earth. What would you do?
~ aku mcm azwin gak....x suka duk sorg2...arrrggghhhh bosan...boleh gila aku....tp psl last person on earth tu...aku akan nanges sampai abes airmata kot...xleh nk bygkan.

2. What would you do if you have only 24 hours to live and you can do anything in the whole world?
~ aku nak bertaubat & mintak ampun banyak2 kat semua orang

3. Name 5 people you will take with you to anywhere you go. Where? Why? (family counts as 1)
~ family; pergi mana2 je
~ mudd; mana2 pon nak dia ada, rindu nak spend time together dengan dia
~ GDO; go to the place that we love to go, ya i love being with them
~ mak; bandung, dah janji dgn mak aritu nak bwk lepas abes study.
~ rakan-rakan; pergi tpt yg nak sgt aku pergi, iaitu semua tpt yg aku nak pergi, maksudnya semua tpt aku nak pergi.hahaha.


4. 3 reasons you have a blog?
~ blog mcm on9 diary aku, sbb aku xda diary.
~ sama mcm azwin; medium of expressing my feelings
~ i wanna share my experiences, feelings, and many things to the readers.


5. 2 ways you would change the world.
~ increase the malay economy level
~ sedarkan remaja skrg yg bnyk hanyut kat bukit bintang tu, hahahaha... (aku sendiri pun hanyut)


~ 6. Name your 1st friend.
~ azwin always be the 1st dlm myspace & friendster, eventhough aku bukan 1st dlm friendster & myspace dia...hahahaha


7. What's your worst nightmare?
~ ada org kejar nak bunuh aku, banyak kali dh dpt mimpi camni...whewww~~


8. Describe you.
~ i'm loud. but for 2009, i'll change bit by bit to be more soft spoken, mudd, i do this for u.


9. Describe your style.
~ i'm a simple person, kuar dgn tshirt, jeans, & flipflop jek...kdg dgn suar tido kotak2 pon jadi.


10. Are you a bully?
~ xlah....hahahaha....


11. TAG 4 people.Who?
~ azlan dawai
~ mili
~ mr hajime
~ mmm....erin lah.

Friday, January 2, 2009

leaving me with no words

i think its not too late to wish happy new year 2009 to u guys....

well....


HAPPY NEW YEAR 2009!


okay...a lot of things happen to me in december 2008.
& the last thing was.... i lost my phone on 31st december 2008, a day before new year eve.
silly me, i lost jayce in the public toilet. i put her on the wall (its not the wall actually, something like shelf). after i've done with all my thing, i forgot about my phone & just went out. after 2 minutes i checked my bag & i realized that i've left my phone in the toilet.
but....jayce is not there anymore....i tried to call her so many times but...there's no one answer the phone...




oh...rasa macam jatuh jantung ni....


my jayce



and to abang....if u read this...pls dont tell daddy ya... i dont want to dissapoint him...pls....

to my fellow friends...thanks for being there with me and make me laugh when i dont even want to smile...

new hair style II

hey...i've cut my hair on Christmas day.

however, the stylist cut my hair too short... gggrrr.....!!!

and this is the brand new me.






hahahaha....buruk, kan?