Thursday, August 26, 2010

Movies' Preview


Kenapa MOVIES? sebab aku ada 3 movies yang telah di tonton bulan ini.

1. The Last Airbender





Tengok dia punya preview dalam wayang, memang sangat hebat. dengan CGI Effect dan lawan-lawan, aku dan Amad expect movie ni sehebat cerita kartun dia, tapi hampeh. di adaptasi kan dari cerita kartun, The Last Airbender menceritakan tentang kelahiran semula seorang Avatar Angin yang tidur dengan binatang peliharaan dia di dalam bebola ais. Kemudian dia berjumpa dengan Avatar Air, Api yg mempunyai karakter yang jahat, dan Tanah. Mempunyai empat elemen, Air, Api, Angin dan Tanah, Airbender adalah insan terpilih untuk menguasai ke empat-empat unsur itu. Tetapi, bermacam-macam rintangan terpaksa di hadapi oleh Si Avatar Angin. Jalan cerita memang menarik, cuma action tak ada. Gila slow. sebab aku dan Amad expect cerita macam ni mestilah lebih kurang macam Lord of The Rings, tapi....mmmmm......



2. Salt



Sangat best! sebab? sebab best lah! dibintangi oleh wanita berbibir seksi; Angelina Jolie. Tapi, kesian. Aku tak sanggup nak hidup macam dia. Nak tau kenapa? pergi tengok sendiri.

3. The Expandable


Super awesome! Double date with Ika and Soya, kami tonton di Alamanda dua hari lepas. Kenapa awesome? sebab tiada adegan cium-cium. yang ada semua action! Tambahan si Sylvester Stallone memang handsome walaupun nampak kurus sikit.


Sunday, August 22, 2010

TIAP MINGGU SAMA SAJA

hari ni ahad....aku masih di lokasi yang sama seperti minggu lepas; di site office di cyberjaya. pagi tadi sebelum pulang, hujan turun dengan lebatnya membuatkan aku rasa "alamak, syokkk nyaaaa tido hujan-hujan gini....."..... tapi apakan daya kaki masih harus terus melangkah meninggalkan momen-momen tidur yang indah untuk pulang ke cyberjaya....



hari ni aku agak beruntung, sebab aku di temani oleh dua jejaka group anyam ketupat hehehehe.... zul dengan imran hari ni datang kerja....syokkk ohhh ada kawan.... memang lagi ligat lah aktiviti anyam ketupat kami :)
sekurang-kurangnya aku tidak lah rasa keseorangan kena kerja sorang-sorang kat sini....ada juga teman dari Henry Butcher tapi masing-masing sibuk nak melayan purchaser yang datang tidak putus-putus terutama di hari minggu macam ni.

hari ni, aku kena siapkan memo yang bos bagi minggu lepas. dalam masa yang sama, perlu attend high-end purchaser yang memang datang dengan kereta yang aku hanya mampu pandang dan telan air liur...maklumlah, our property value is betweek 1million until 2.2 million. even Yusry KRU pun ada datang khamis lepas untuk tengok our semi-d. mahu mencari rumah untuk Norman katanya. ye lah, ofis mereka KRU Studio hampir siap di Cyberjaya ni.


alhamdulillah semalam aku dapat berbuka bersama ibu dan ayah lagi. nikmatnya memang tak boleh cakap lah kan. memang rasa malas nak balik. rasa macam nak duduk bawah ketiak diorang jek.

malam tadi aku menyuarakan hasrat untuk bekerja dengan bapak aku, even bapak aku sendiri kerja dengan orang lain....hahaha gila tak aku ni? sebab aku dah tak sanggup nak berjauhan dengan mereka. tapi takpe, aku dah made my own decision :) insyaALLAH aku akan mula kerja dengan other company bulan depan. dekat sikit dengan abang aku. dan aku harap kerja baru nanti tidak memerlukan khidmat aku di hari minggu!

Sunday, August 15, 2010

ramadhan kali ini begitu berbeza

jari-jemari runcing ku pantas menari-nari di papan kekunci....di temani bayu lembut dari penghawa dingin mesin ciptaan manusia, di sinari terik mentari yang memancar di luar sana, bersama sales person dari Henry Butcher, bankers dari UOB, Maybank, AmBank, dan juga Solicitor yang bertanggungjawab untuk penjualan aset hartanah UEM Land. aku di sini, terpaksa menghadirkan diri ke sales gallery pada hari ahad, di mana orang yang sedang bahagia & gembira bersama keluarga masing-masing di rumah dan aku terpaksa menjejakkan kaki ke site office. sebagai staff yang konon-kononnya berdedikasi lah kan....kena lah datang juga.


lama sudah tidak menulis....terlalu sibuk dengan hal dunia....


oh, aku rasa masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada umat islam khasnya seluruh malaysia. bicara tentang puasa, sudah tentu ada terselit pasal berbuka....


alhamdulillah, aku sempat berbuka & bersahur bersama ibu ayah tercinta, & satu keluarga bersama abang. ini lah impian aku setiap kali ramadhan, untuk pergi ke bazaar bersama ayah, pau dia macam-macam makanan, dan berbuka sama.

tapi ramadhan kali ini begitu berbeza. aku jauh di perantauan, meninggalkan ibu ayah atas tiket untuk mencari rezeki. tak lah jauh mana pun, putrajaya je. but still you have to drive for 1 1/2 hours untuk sampai ke melaka.


sebak di dada tidak dapat di tahan-tahan. aku tak tahu kenapa aku begitu lemah, sedangkan sebelum ini aku pernah je duduk jauh masa study dulu. berbuka dengan kawan-kawan. cuma jauhnya tidaklah seperti sekarang. masih dalam negeri yang sama cuma daerah saja yang berlainan. gedik kan aku ni?


tapi aku bersyukur. aku tidak keseorangan. aku masih ada abang aku yang jarak rumah cuma 40 minit. aku masih ada amad yang rajin datang dengan soya untuk berbuka dengan aku dan ika. sempat jugalah dalam masa seminggu berpuasa ini aku balik rumah abang aku sekali. rasa meriah dengan kehadiran 3 hero yang menghiburkan hati :)

aku banyak sebenarnya nak cerita. banyak sangat. tapi aku terlalu sibuk. balik malam. memang betul lah orang cakap, kerja di KL kalau tak balik malam memang tak sah. kecuali kau kerja gomen. even yang balik awal pun akan stuck di traffic jamm....hahahahaha....


nanti aku sambung. aku cuba untuk aktifkan blog aku semula. dan akan update pasal aku pergi genting, convocation aku, dan macam-macam lagi lah. tata!