hari ni ahad....aku masih di lokasi yang sama seperti minggu lepas; di site office di cyberjaya. pagi tadi sebelum pulang, hujan turun dengan lebatnya membuatkan aku rasa "alamak, syokkk nyaaaa tido hujan-hujan gini....."..... tapi apakan daya kaki masih harus terus melangkah meninggalkan momen-momen tidur yang indah untuk pulang ke cyberjaya....
hari ni aku agak beruntung, sebab aku di temani oleh dua jejaka group anyam ketupat hehehehe.... zul dengan imran hari ni datang kerja....syokkk ohhh ada kawan.... memang lagi ligat lah aktiviti anyam ketupat kami :)
sekurang-kurangnya aku tidak lah rasa keseorangan kena kerja sorang-sorang kat sini....ada juga teman dari Henry Butcher tapi masing-masing sibuk nak melayan purchaser yang datang tidak putus-putus terutama di hari minggu macam ni.
hari ni, aku kena siapkan memo yang bos bagi minggu lepas. dalam masa yang sama, perlu attend high-end purchaser yang memang datang dengan kereta yang aku hanya mampu pandang dan telan air liur...maklumlah, our property value is betweek 1million until 2.2 million. even Yusry KRU pun ada datang khamis lepas untuk tengok our semi-d. mahu mencari rumah untuk Norman katanya. ye lah, ofis mereka KRU Studio hampir siap di Cyberjaya ni.
alhamdulillah semalam aku dapat berbuka bersama ibu dan ayah lagi. nikmatnya memang tak boleh cakap lah kan. memang rasa malas nak balik. rasa macam nak duduk bawah ketiak diorang jek.
malam tadi aku menyuarakan hasrat untuk bekerja dengan bapak aku, even bapak aku sendiri kerja dengan orang lain....hahaha gila tak aku ni? sebab aku dah tak sanggup nak berjauhan dengan mereka. tapi takpe, aku dah made my own decision :) insyaALLAH aku akan mula kerja dengan other company bulan depan. dekat sikit dengan abang aku. dan aku harap kerja baru nanti tidak memerlukan khidmat aku di hari minggu!
0 comments:
Post a Comment