today; 9th january 2009; 1013 waktu malaysia
aku tau masih ramai lagi yang merasai kemeriahan tahun baru 2009, dan aku rasa masih belum terlambat untuk kita membuat azam baru. aku ada azam untuk tahun ni, cuma tak ada masa nak update di blog di sebabkan beberapa perkara yang banyak berlaku lately.azam baru aku kali ini sangat lain, & ini adalah salah satu cara untuk rebranding JULIANA SHAHIDA BT BASERI (sama mcm yang RTM buat tu; rebranding. & aku cuma mempraktikkan apa yang aku belajar di kelas brand management).
ada banyak benda yang harus aku implement untuk rebranding diri aku sendiri. banyak sangat. & mungkin ada antara kamu tidak sangka yang aku akan buat perkara-perkara sedemikian. ya, aku cuma mahu jadi yang terbaik daripada sebelum ini. agar tiada lagi masalah antara aku dan insan lain, teknologi (ingat lagi kata-kata mdm azlin dalam class services marketing; teenagers (she means us) nowadays are born with technology), duit, jiwa & rohani, dan benda-benda lain yang pernah bermasalah sebelum ini.
aku dah senaraikan apa yang aku akan buat tahun ini insyaALLAH, untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya:
- solat cukup 5 waktu, walaupun aku di luar sedang bercanda ria dengan kawan-kawan & keluarga. umur semakin meningat, tapi amalan tetap sama macam dulu, aku rasa inilah masanya untuk aku mendekatkan diri pada pencipta yang selama ini tak pernah melupakan aku, yang selalu selesaikan masalah aku masa aku betul-betul dalam masalah, yang tak putus-putus memberi rezeki, insyaALLAH aku tidak akan lupa akan tanggungjawab ku sebagai hamba mu ya tuhanku.
- berjimat cermat, i'll spend my money & time wisely. aku sekarang sudah berada di final year. banyak sangat final year project yang aku kena siapkan. kena tukar lifestyle aku yang kuat berjalan tanpa hala tuju ni ke lifestyle yang duduk dirumah buat kerja & menelaah buku. sampai bila aku nak dapat result yang cukup-cukup makan je, kan? dan aku tidak mahu lagi berlengah-lengah menyiapkan final year project (fyp) aku. sebab bila setiap kali aku lengah, ada saja masalah akan melanda. contohnya jenny rosak lah, fyp aku kena reject lah, macam-macam lagi. jadi aku akan siapkan semua kerja tanpa melengahkan masa yang ada supaya aku akan ada masa untuk belajar & benda-benda lain. duit, semua orang ada masalah duit, tambahan pula dengan krisis ekonomi global yang melanda, dan ura-ura mengatakan ekonomi tahun 2009 ini akan lebih teruk dari krisis-krisis tahun sebelumnya, jadi aku memang kena berjimat cermat. plus aku dah tiada wang selepas membeli jingles; handphone baru yang menggantikan jayce. jadi untuk cover balik semua duit simpanan aku tu, aku kenalah saving balik. beli benda yang perlu sahaja, jangan kuat shopping, window shopping pun jangan sebab it will end up with buy something. makan benda biasa-biasa aja, tak payah nak pergi makan secret recipe atau pergi mana-mana restoran yang akan membuatkan aku berbelanja lebih dari yang sepatutnya. oh ya masa & wang sangat close related. pepatah inggeris ada mengatakan time is money, dan bahasa melayu kita yang indah pula masa itu emas. jadi aku harap aku tidak akan mensia-siakan dua benda ini.
- be more soft spoken. aku ni loud orangnya. sangat loud. suara aku pun kuat. orang selalu ingat aku sedang marah mereka tetapi tidak. kadang-kadang aku tak sedar yang aku bercakap sampai tone volume aku naik. dan kadang-kadang intonasi suara aku tidak kena dengan situasi, jadi, aku harus lebih soft spoken. cakap dengan nada suara yang rendah agar disenangi oleh semua pihak. untuk family, kawan-kawan, mudd & orang-orang yang rapat dengan aku terutamanya. sebab mudd & kawan-kawan selalu tegur macam tu. apa salahnya berubah untuk jadi yang lebih baik, kan?
- study very very very hard. benda ni setiap kali masuk sem baru aku akan remind diri aku. tapi bila dah masuk minggu ke 2-3, bila assignment task telah diberi, aku jadi tak cukup masa nak study. dan akhirnya aku akan study last minute. hahahaha. tapi mungkin itu hanya alasan untuk aku lepaskan diri dari rasa bersalah sebab tak study. insyaALLAH, aku akan spend lebih banyak masa untuk kau saja wahai textbook-textbook ku sayang.
- benda yang paling penting dalam hidup kita sekarang ni, bahasa inggeris. aku akan increase kan my english level terutamanya dari segi grammar & comprehension. apa yang aku akan buat ialah invest more to english books e.g novel or magazine, compare to investing in baju & aksesori yang berjenama & mahal. fashion industry changes rapidly, jadi susah nak cope dengan semua fashion yang melanda. however knowledge remains the same, tidak bertukar, malah bertambah. jadi untuk keluar ke working life nanti kena jadi knowledgeable tentang banyak perkara. lainlah kalau aku pergi interview ke tempat yang memang berkaitan dengan fashion sampai aku kena tau benda-benda tu semua.
- manage my stress. aku seorang yang sangat senang stress especially apabila mendapat satu-satu perkara yang tidak di sangka. & aku akan terus telefon mudd dan membebel padanya dengan nada suara yang dia tidak senang. jadi apa yang perlu aku buat ialah duduk sekejap dan berfikir rasional. kemudian kalau tak jumpa juga jalan penyelesaian, baru telefon siapa-siapa yang aku percaya boleh selesaikan masalah aku ataupun at least boleh redakan stress aku.
wooohhhh banyak juga azam aku ye? hahahaha....harap-harap the brand new JULIANA SHAHIDA BT BASERI akan dapat buat semua ini dengan sokongan orang sekeliling
**ok julie, jom sambung study. esok exam services marketing & national dance!
0 comments:
Post a Comment