Saturday, January 17, 2009

hanya kawan



jules with her ex-schoolmates





kawan, sahabat, rakan, friends, buddy, pal, boyfriend, girlfriend, classmate, coursemate, housemate, groupmate, officemate, colleague, macam-macam kita gelarkan pada seseorang yang kita kenal, tidak kiralah sama ada dia rapat atau tidak, di alam maya (internet) atau alam nyata, mereka masih boleh dikira sebagai kawan, tempat untuk kita bercerita segala susah & senang, menghabiskan masa bergelak ketawa & nangis bersama, & banyak lagi perkara yang kita buat bersama kawan kita.

tetapi persoalannya di sini ialah bolehkah kita berkawan rapat atau berkawan baik dengan mereka yang berlainan jantina dengan kita? pada aku, jawapannya ya, kita boleh. tidak salah kan mempunyai kawan baik yang berlainan jantina. siapa kata gen XX & gen XY tidak boleh berkawan rapat & berkongsi? (maksud aku bukan berkongsi macam poligami tu ya).

walaubagaimanapun, mungkin ada sesetengah pihak yang tidak senang pacarnya mempunyai kawan yang tidak sejantina dengan pacarnya. contohnya, the boyfriend/girlfriend tidak suka & marah jika girlfriendnya/boyfriendnya mempunyai kawan rapat lelaki/perempuan (harap anda faham maksud yang sedang saya bicarakan).


tetapi pada aku, itu tidak salah. sebab aku juga punya kawan rapat bergen XY. tapi bilangannya sedikit berbanding masa sekolah dulu. semakin meningkat dewasa, kawan-kawan bergen XYku ramai yang tidak dapat dihubungi. almaklumlah, ada yang sudah menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama mempunyai kekasih hati.

berbalik kepada perkara yang dibincangkan tadi, tentang bolehkah kita mempunyai kawan rapat yang berlainan jantina walaupun kita sudah ada calon isteri, & aku akan tetap mengatakan ya, kenapa tidak? tetapi individu tersebut perlulah menjaga batas-batas pergaulan & perasaan agar tidal timbul perkara yang tidak di ingini di kemudian hari. contohnya, jatuh cinta dengan kawan rapat sendiri. perkara ini memang berlaku. jika aku, aku akan jaga batas-batas aku agar perkara tersebut tidak terjadi jika aku sudah punya cinta hati (jadi wahai cinta hatiku, anda masih lagi berada dalam zon selamat & takkan kehilangan aku, melainkan jodoh tidak menyebelahi kita).

kepada kekasih-kekasih, untuk tidak menimbulkan rasa syak wasangka & mengurangkan rasa cemburu anda terhadap kekasih anda yang mempunyai kawan rapat berlainan jantina, anda boleh mengikuti beberapa tips di bawah yang saya rasa akan berkesan seterusnya menyemarakkan kasih sayang anda & menambah kenalan anda.

antaranya ialah:

  • berkenalan & berkawan dengan kawan rapat kekasih anda.
  • keluar bersama di dalam kumpulan; jadi anda tahu serba sedikit tentang kawan baik kekasih anda.
  • letakkan sedikit kepercayaan kepada kekasih anda



banyak lagi sebenarnya, tapi aku tak ingat.
yang penting sekarang, terpulang kepada seseorang itu mahu berkawan dengan sesiapa pun yang dia hendak, sebab dia mempunyai hak untuk berkawan & menjaga hubungan sesama manusia di atas muka bumi ini. bak kata pepatah, berkawan biar seribu, berkasih biar satu.



**kepada pembaca, jika anda mempunyai sebarang komen atau kritikan, sila beri komen anda. feedback anda sangat dialu-alukan.

5 comments:

• azra • said...

i agree with u.
although sometimes kite sendiri pun xsenang if boyfriend kite ade kwn baik pempuan.
i mean, khei doesn't.
but if he has, and if i dh kenal die pun, i would still rs mcm xselesa.
but still, depends on individuality jugak.
nyways, jgn la emo2. :)
oh oh, i tag u! XD

azwin khairuddin said...

ko da xde chat box eh? panjang betul nak baca. aku baca yang 3 ponts tu ja. yg antaranya dot dot dot.hehe

♥ jυℓєѕ said...

azwin khairuddin: aku sudah mls nak ada chatbox wat masa skrg ni...nnti tak pasal2 chat box aku penuh dgn perkataan terrorist! :)

• azra • said...

hahaha.
kesian jules difitnah jd terrorist.
:) ala, letak la chatbox.
susah nk tag u tau.
btw, u kene tag lg! :)

azwin khairuddin said...

aku pun da letak chat box.semuanya gara-gara azra tu.hehe. well, aku tukar aku nya url blog.nt ko edit la link frend tu eh?
http://rockamocha.blogspot.com/