- still rasa tak puas, maksudnya macam tak puas rasa apa yang patut rasa...contohnta enjoy lepak dengan kawan-kawan, pergi vacation dengan kawan-kawan. I ada tengok Facebook my ex-schoolmates, seronok je tengok diorg dapat travel pergi sana sini. pergi Penang la...Frazer Hill la...best kan? I? Memang tak dapat lah nak pergi. Why? Sebab my dad tak izin. Sedih sebenarnya. Tapi apa nak buat kan?
- Ada kawan-kawan yang dah ada steady boyfriend. Ada yang dah bertunang dan kahwin pun. Yang tengah study at the same time tunang pun ada. Seronok je tengok. I kalau boleh nak je ada steady boyfriend yang my family kenal & restu. Senang nak keluar & jumpa pun tak ada masalah. I mean, at least my family tau dengan siapa I berkawan & keluar. Jadi tiada masalah curiga atau apa-apa perasaan. Jujur itu penting dalam sesuatu hubungan, terutamanya dengan parents and family. Tapi kadang-kadang family tak dapat terima kejujuran, atau tak dapat terima yang anak mereka sudah sepatutnya ada someone yang boleh rely on besides mereka. Iya ke begitu? Ini opinion I je. Bukan apa, I feel jealous tengok mereka yang mempunyai hubungan yang baik dengan family boyfriend or girlfriend mereka. I sedar I masih study, tapi i need someone who can share my feelings, my happiness, sadness, my stress, who can always be there for me no matter what, tak kesahlah dia dekat atau jauh. Asalkan dia ada. Kadang-kadang ada perkara yang kita tak dapat share dengan parents or family. Contohnya macam masalah duit belanja tak cukup ke kan, atau menyampah dengan kawan kita ke kan, atau stress dengan assignments or exam ke kan. Iyalah, sure my parents pun ada masalah lain nak fikir, takkan masalah kecil macam tu pun i nak cerita kat diorang. Jadi I nak lah cari substitute untuk I luahkan apa yang I rasa. For me, study is study. & I know how to differentiate between study and relationship. So far alhamdulillah my study dah getting better when I'm in a relationship. & I nak lah sangat-sangat hubungan yang di restui dan diketahui oleh family. Tapi macam takut pun ada. Macam tak ready pun ada. Takut I di kondem.
- Kadang-kadang I di layan macam budak sekolah lagi. Sedangkan I dah 22. Kalau boleh I nak ada communication yang telus dan tanpa selindung-selindung dengan orang yang sangat penting dalam hidup I. I nak mereka tau apa yang I buat, yang akan I buat. I nak full support dari mereka. So far yeah memang banyak support dari segi kewangan, emosi, dan banyak lagi dari Ayah terutamanya, Mummy, Amad, Abang, Kak Yati, dan kawan-kawan yang sanggup susah senang bersama. Tapi ada waktu & ketika, di saat I betul-betul memerluka full support, I tak dapat. Mmmmm macam mana mahu terangkan yeh? Tak apa la faham-faham lah sendiri.
- Mula risau bila nak habis study. InsyaALLAH jika tuhan izinkan, jika ada rezeki, akan habis hujung tahun ini. Mula risau pasal duit yang dah berkurangan, pasal dapat kerja ke tak bila dah habis nanti. Mula risau apakah corak hidup yang akan dilalui, apa yang akan diceburi. Cemburu lihat kawan-kawan dah habis study dan dah boleh travel sana-sini. Tapi I sangat-sangat bersyukur I extend sebab I dapat better result. At least a bit better than before. Sangat-sangat bersyukur.
Tapi I dah buat my own conclusion, mungkin masanya belum sampai lagi. Allah dah tetapkan takdir hambanya begini & begitu. Kita sebagai hambanya perlu taat. Apa yang perlu buat sekarang ialah berdoa dan berdoa, dan buktikan yang I independent. Bukan lagi kanak-kanak riang zaman sekolah.
0 comments:
Post a Comment