ayah, tak tahu kenapa julie rindu sangat kat ayah.
kasihan ayah, mencari rezeki sampai jatuh sakit semata-mata untuk memenuhi kehendak anakmu ini. i wanna go home, to spend all my time with u....pergi minum di padang, makan roti canai & minum teh ais, berbual pasal hari-hari yang julie lalui di kampus, beritahu future plan, cerita masalah dengan assigment dan tugasan yang semakin banyak, tapi... i have a lot of work here...i'm so sorry ayah.
ayah,
i promise to u that i'll do my best in everything.
in my study, in my life.
i do it all just for u, and our family.
i promise to u that i'll make u guys happy, & jadikan hidup kita lebih senang dari sekarang. tak lama lagi ayah, lagi setahun lebih insyaALLAH julie akan grad & dapat kerja yang baik. masa tu ayah dah tak payah penat-penat kerja lagi. julie akan cari duit extra untuk tanggung family kita. because i know nowadays our cost of living is getting higher and higher.
ayah,
jaga diri elok-elok.
jangan lupa makan ubat & rehat.
ayah kerja kuat sangat sampai tak ada masa nak rehat. weekend pun kerja.
kadang-kadang i feel bored everytime u're not at home. but what to do, u have to find money for us. its ok, tak lama lagi ayah boleh duduk saja di rumah. tak payah kerja kuat lagi. kan julie dah janji bila julie kerja nanti ayah hanya perlu pergi hantar & ambil cucu-cucu ayah di sekolah? dan hari minggu kita pergi jogging dan main badminton?
cakap pasal badminton, dah lama kita tak main badminton kan? dulu masa julie kecil kita selalu main badminton di rumah kita di senaling. abang pun main sekali. kali terakhir kita main badminton rasanya awal tahun ni. berapa bulan dah tu.
ayah,
thanks a lot. u're wonderful dad! julie ingat dulu, masa tu in the middle of the night, i know u're sleep. but i cant think of anything that time because i'm too stressed with my coming exam. i called u, thank god u're still awake. ayah tengah tengok midnight news. julie mengadu pada ayah yang julie takut sangat nak exam financial accounting. sebab julie takut fail lagi. tp ayah cakap, janganlah takut, kalau dah fail nak buat macam mana kan. masa tu julie lega sangat sebab dapat support dari ayah. dan alhamdulillah i passed that paper =]
ayah,
masa tak ada seorang pun yang support julie, ayah ada untuk bagi semangat. ingat masa mula-mula julie nak masuk study dulu. masa tu julie tengah urut pinggang ayah. ayah tanya, kau nak belajar mana ni. sebab masa tu dapat dua offer, dari MMU dan KPTM Bangi collaborate dengan UITM untuk diploma. julie cakap julie ambil yang KPTM je lah. murah pun murah. satu sem cuma seribu lebih saja. tp ayah tetap berkeras nak julie masuk MMU, sebab dekat. senang ayah nak tengok. julie kata tak payah lah ayah, kan mahal. lagi pun masa tu abang & mak suruh masuk poli, murah. kemudian ayah cakap, ala...tak payah la dengar cakap diorang. kan ayah yang keluar duit. lagi sekali julie dapat support dari ayah. dan sekarang julie belajar di tempat pilihan ayah. sedikit bangga sebab julie dengar cakap ayah.
tapi,
julie ni anak yang degil juga.
sangat degil.
ingat tak bulan julai hari tu? ayah ajak julie pergi rumah nek busu sebab ada masak-masak, nak bincang pasal kenduri kahwin abg ijal. julie malas nak pergi sebab nak tidur.jadi ayah pergi dengan mak.
julie bangun nak minum air, tapi nampak banyak sangat cawan dan gelas di sinki. julie nak basuh, capai satu gelas yang kotor tu, masukkan tanga ke dalam gelas dan pranggg...!!!! gelas tu pecah. tangan julie luka. banyak darah keluar. sakit sangat! julie sampai menangis sebab takut tengok luka yang besar dan darah yang banyak. juli call ayah beritahu, menangis-nangis (anak manja ayah lah katakan). ayah marah, siapa suruh main kaca? mana ada julie main kaca ayah, julie basuh gelas then gelas tu pecah. ayah macam malas nak layan anak yang degil ni. julie menagis je, ingat ayah macam tak heran kat julie. tapi tak lama tu ayah & mak sampai rumah, mak terus masuk bilik tengok. mak ajak pergi klinik. ayah bising, tu lah, degil lagi. lain kali mana ayah ajak pergi, ikut. jangan degil.
1 pengajaran yang julie belajar. julie akan dengar cakap ayah, takkan degil lagi. dan parut yang ada di jari telunjuk kanan ni akak selalu membuatkan julie ingat pada ayah, pada kedegilan julie. ini satu kelebihan juga, sebab ia membuatkan julie takkan lupa pada ayah.
ayah,
julie sangat sayang pada ayah.
lebih dari segalanya di dunia ini.
julie sanggup korbankan apa saja untuk ayah.
sanggup korbankan hidup julie sendiri.
i promise u ayah.
Married Blogger Woman
-
first post as a married woman!!!
yes I am married!!!! and im lovin it...
ish nak ke tak continue blogging..im having second thoughts. i just dont
seem to ...
13 years ago
9 comments:
erk!
membuatkan gue rindu juga kepada abah...
isk...
hehehe....
TAGGED! ur it!
btw, mana chat box u?
waaaaaaaaaaaaaaaa sedeyyyyyyyyyyyyyyyyyy
syahdu2
i dh buang chatbox i....
errkksss....i kena tag?
oh god..julie..i baru came across ur blog..sedih nyer entry nie..huwaa..i nangis..aish..ter-emo plak..huhu..hmmmm
amal: amal, u nangis?
r u serious?!
serious tutttt..haha..i serious...sgt touching :)
amal? i mcm x caya jek :p
btw thanx sudi baca my blog.
eh amal, anything kalo ada aktiviti srm, pls let me know. i nk penuhkan jadual i dgn aktiviti this final year :)
Post a Comment