Saturday, August 30, 2008

aku bukan siapa-siapa

aku bukan siapa-siapa
ibarat kaca
jatuh berderai tiada guna
memberi luka pada sesiapa

aku bukan siapa-siapa
mawar berduri yang pudar warnanya
tidak seperti yang mereka damba
hanya untuk tatapan mata

aku bukan siapa-siapa
tapi aku juga punya hati & rasa
ingin bersama mereka yang ku damba
tapi apakan daya
ku hanya insan biasa
tiada istimewa
hanya sakit & luka dalam jiwa

aku juga mahu cinta
diredhai yang MAHA ESA
diselaputi kesucian agama
di iringi irama bacaan kitab-NYA
bukan nafsu semata-mata

tapi aku takut
takut untuk merasa cinta
kerna aku bukan siapa-siapa.

0 comments: