Monday, May 18, 2009

final exam

hari ni, 18 mei 2009, hari pertama final exam untuk sem 3, tahun ke 3, marketing management di MMU Melaka. banyak sebenarnya nak update tapi tiada masa....



masa tengah jawab paper strategic marketing tadi, sempat lagi berangan nak jadi freelance photographer selepas melihat beberapa blog yang memang menjadikan fotografi sebagai side income. ya, aku sekarang sedang berfikir bagaimana mahu menambah duit poket sebab start sem depan aku dah tak dapat PTPTN lagi, loan tak dapat disambung dengan alasan aku tak dapat habiskan course aku ikut masa yang ditetapkan. jadi, semua fees start sem depan kena bayar sendiri.


aku terfikir juga mahu buat part time job, tapi memandangkan aku ni rasa tak boleh nak commit dengan study & kerja, aku terfikir mahu cari side income yang boleh ikut masa free aku sendiri.


habis exam tadi, aku ikut lepak di kedai azwin bersama syafiq, firdaus & acap. firdaus yang memang pandai cari duit offer aku buat sandwich, setelah dikira tambah tolak campur bahagi, untung satu sandwich tu adalah dalam 68sen. aku terfikir, boleh ke untung banyak? lepas ke nak bayar fees & tanggung segala benda?


freelance photographer memang macam best bunyinya, tapi sangat costly sebab benda pertama yang kena beli ialah dslr, bukan 2-3 ratus harganya. almost 2k! sebelum nak dapat 2k tu kena cari duit gak tu. mana boleh dapat 2k free-free je kan? payment memang agak best, tapi tu la...kos permulaan sangat tinggi. online butik aku macam tak berjalan je....susah jugak.

0 comments: