Wednesday, October 29, 2008

weekend yang sangat best III

Monday. 27th october 2008


Esoknya pula saya & kak mala plan nak pergi mandi air terjun di sagil, malangnya plan itu dibatalkan. Jadi kami tukar plan & ke Bandar melaka untuk berjalan lagi.

Kami ke dataran pahlawan melaka megamall, iaitu mall yang paling baru di melaka (tak la besar mana pun sebenarnya). Kami keluar rumah pukul 11pagi, then g amek kak zura & terus pergi. Di sebabkan hari itu cuti am untuk deepavali, jadi ada hiasan kolum di center court of dpmm.

Kami lunch di johny’s.



Kemudian kami masuk ke butik nichii yang baru buka di depan restoran johny’s. nichii adalah butik pakaian perempuan, banyak menjual dress & casual wear.& guess what, we found this very unique shade. Tak ada glass, Cuma stripes.



Kemudian kami berjalan-jalan lagi dan terjumpa fish spa tidak jauh dari center court.

Kami pun decide untuk mencuba fish spa yang berharga rm20 untuk ½ jam. Saya tak pernah cuba & dah lama teringin nak mencuba. Di dalamnya juga ada perkhidmatan refleksologi. Mula-mula merendamkan kaki ke dalam kolam yang dipenuhi ikan kecil, kaki rasa geli sebab ikan gigit. Saya yang mencuba buat kali pertama terjerit-jerit kecik sebab tak tahan rasa geli. Then selepas 2-3minit rasa best & relax.tambahan suasananya tenang dengan kilauan lampu yang malap.





Cuba mengorat dua abang dibelakang =] , tapi x dpt.

ni tgh on phone dgn ahmad faizal

Habis saja setengah jam di fish spa, kami pun ke car park untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, kami berhenti di atas fly over berhampiran dengan hotel holiday inn untuk mengambil gambar EYES ON MALAYSIA yang sedang dalam proses pemasangan.


Kemudian kami singgah di pantai puteri untuk ambil gambar lagi & makan banjo.


Inilah saja kisah hari minggu saya yang sangat seronok.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih pada kak mala yang sudi membawa saya berjalan-jalan. Sayang akak! Nanti kita g KL lak k? terima kasih juga kepada pembaca yang sudi mebaca kisah yang agak panjang ini.

0 comments: