this will be the last update yang tak buat-buat tu. will tell u sekali lump sum, so tak perlu la nak post banyak-banyak kan? bulan ni je dah berapa banyak post ntah. bosan pulak nanti...hehehehe...
ok we'll start with marketing dinner 08/09.
- venue: Mdm Zaharah lovely house
- date: 30th May 2009
- the dinner is for final year marketing student (I nama je final year, tapi extend )
- theme color: rainbow (tapi tak ramai yang ikut theme malam tu, sebab informal kan?)
i'm one of the organizer, the others are azra, khei, azwin, syafiq and fir. i jaga registration, mula-mula i seorang je kena jaga, tapi last-last semua organizer duduk kat situ. hehehehe. sambil-sambil tu i bising-bising cari cekak warna kuning i yang hilang (mula-mula ingat hilang, tapi rupanya tertinggal dalam kereta :P )
the flow of the event
> semua guest datang seorang-seorang
> semua orang dah boleh makan, & first game started.
> sampai la tengah malam, last-last sesi bergambar. hahahahaha dah tak ingat flow dia :p
selepas habis dinner kami pergi jalan-jalan sampai ke pantai puteri. mula-mula makan di asam pedas kota laksamana then lepak kat pantai puteri sampai pukul 4 pagi sambil dengar cerita hantu dari Fir & Asyraf.
ok now we proceed to trimester break. on wednesday, 3rd day of trimester break, 3rd june 2009, i went to KL untuk join Food For Homeless program organized by 1901 Hotdog. ok program ni is a charity pogram, memberi makanan dan apa jua jenis bantuan kepada homeless people arond KL. memang ramai! hari tu makanan dia nasi lemak, air mineral & roti. barangan lain seperti shower gel & ubat juga diberi. ada yang request baju tapi tak dapat bagi sebab tak ada. kesian juga tengok diorang. rasa bersyukur sangat sebab kita masih ada rumah yang sangat selesa untuk tinggal & dapat makan sedap-sedap setiap hari & mandi banyak kali. if nak compare kan dengan diorang, diorang mandi kat public toilet je. itu pun dapat shower gel yang kecik, mesti tak puas & tak selesa sebab kena jimat shower gel tu. ok program ni every wednesday start pukul 5 petang. 1st pit stop kat depan pejabat pos besar, seberang jalan LRT CM. last pit stop kat bangkok bank tak silap, belakang CM.
berbual bersama rakan yg kenal dari Facebook; Mr Afzam dari 1901 Hotdog
Jumaat ke KL lagi sebab sabtu mahu pergi beli baju raya (ramai cakap awal lagi dah start beli baju raya, tapi sebab mak beli kain & tempah baju, so kenalah beli & tempah awal-awal, takut tempahan penuh kan? ) sekaligus menghantar dua budak nakal pulang ke pangkuan ibu & bapanya setelah seminggu ditinggalkan di rumah atuk sebab cuti sekolah.
sabtu tu keluar la pergi cari kain mak & beli baju kebaya i. tahun ni nak buat tema kaler pic, cadangan dari kakak ipar tercinta. petang itu pergi lepak minum dengan encik azmi & rakan-rakan dia di Old Town di taman melati. pulang singgah di Mid Valley & beli jeans MNG slim fit berwarna kelabu yang harganya sudah turun sikit dari harga asal.
Ahad pulang ke melaka.
Pagi isnin (hari ke 8 trimester break) I mendapat panggilan telefon dari kak mala cantik mengajak i ke KL teman dia. dalam kereta ada mak dia sekali. sebenarnya saja ikut sebab kak mala nak pergi tengok rumah baru kakak dia di jelatek. sampai di KL mak & kakak kak mala pergi lunch, kami pula pergi ke KLCC jumpa kawan kak mala iaitu kak ili. kak ili datang sekali dengan adik dia & kawan adik dia (punya la ramai kan orang? confuse tak? hahahahaha). kami semua ke Aquaria KLCC.
hari tu ada la show shark feeding, memang la sangat best tapi tak dapat tengok sangat sebab depan dah penuh. terpaksa la i terjengket-jengket kaki nak tengok diver tu bagi ikan pari besar tu makan. show ni start pukul 3 setiap hari isnin, rabu & hari apa ntah lagi. untuk tahu lebih lanjut sila google la ya? lepas tu ada pulak show piranha makan. takut je tengok piranha-piranha ni makan. sekejap je dah habis.
balik dari KLCC kami ke rumah kakak kak mala. malam sebelum pulang ke melaka pergi dinner di Western yang famous di Kampung Baru.
ok habis juga la akhirya kan. phewww~~~
0 comments:
Post a Comment